Monday, June 20, 2011

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah

Semua PTP PKG negeri Perak

1. Diperingatkan kepada semua PKG supaya dapat melaksanakan pemilihan Tokoh Nilam mengikut masa yang ditetapkan.

2. Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah perlu diselesaikan sebelum 30 Julai 2011.

3. Ketua PKG Daerah atau Penyelaras Sumber Daerah perlu menghantar nama ke BTPN Perak dengan menggunakan borang yang di attachkan bersama e-mail ini (JANGAN UBAHSUAI / JANGAN GUNA BORANG LAIN ) pada 15 Ogos 2011.

4. Daerah yang menggunakan borang lain, pencalonannya akan dibatalkan kerana akan di pertikaian oleh Audit Sirim.

5. Bagi melihat perjalanan pemilihan tokoh nilam di peringkat PKG dan Daerah, Ketua PKG Daerah diminta E-MAILKAN JADUAL pemilihan Tokoh NILAM peringkat PKG dalam daerah dan juga pemilihan di peringkat Daerah. Kemungkinan besar KPP akan memantau pemilihan tersebut dengan membuat lawatan.

Sekian, terima kasih

ALIAS MOHAMAD
BTPN Perak

MEMO BTPN PERAK- Hj Daud bin Ngah Hamzah Ketua Unit PKPP

Kepada PKG Berkenaan

BTPN Perak ingin memaklumkan tarikh kursus Asas PSS
anjuran PSP yang sepatutnya dijalankan pada 13 hingga 16 Jun 2011
telah ditunda kepada 27 hingga 30 Jun 2011.

Sehubungan dengan itu sila maklumkan kepada peserta
dari sekolah ahli PKG anda yang terlibat, surat panggilan kursus
yang telah dihantar digunapakai hanya pinda tarikh.

Hj.Zolkifli bin SabranSebarang pertanyaan hubungi .

Kerjasama anda sangat dialu-alukan, terima kasih.

Hj Daud bin Ngah Hamzah
Ketua Unit PKPP
BTPN Perak

Taklimat SSQS

Taklimat SSQS 2011 adalah seperti ketetapan berikut:-

Tarikh :23 06 2011 (Khamis)

Masa :8.30- 2.30 petang

Tempat :SMK Tapah

Penyertaan : Guru GPM/ Juruteknik komputer sekolah

Kursus Penyediaan Fail Tegak

Kursus Penyediaan Fail Tegak akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 28 & 29 Jun 2011 (Selasa & Rabu)

Masa : 8.00 - 4.30 ptg

Tempat : Pusat Kegiatan Guru Bidor

Penglibatan : Guru GPM sekolah kelompok 4

Nota: Sila bawa laptop, gunting, anti cutter, surat khabar dan sebuah fail kulit keras (ring file)

Program Khidmat Bantu PKG Sungkai

Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Cemerlang akan diadakan di SK Sungkai.
Butiran mengenai Program Khidmat Bantu tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 22, 23 dan 24 Jun 2011

Masa : 8.00 - 4.30 ptg

Tempat : Pusat Sumber & Persekitaran SK Sungkai

Penglibatan : GPM Kelompok 4

Kursus Penyelengaraan Komputer

Kursus penyelengaraan komputer telah berjaya dilaksanakan pada 20 Jun 2011 (Isnin). Seramai 17 orang Guru Penyelaras Bestari Kelompok 4 telah berjaya menamatkan kursus tersebut di PKG Sungkai. Penceramah jemputan kursus berkenaan adalah En. Tajarazhar bin Abu Bakar PTP PKG Bidor.